Bahan P dan P

1 kata yang berapitan ke...an dapat dibentuk dengan mengimbuhan awalan ke- dan akhiran -an pada kata dasar.

2.Apitan ke...an bertugas untuk membentuk


a) kata nama daripada kata-kata lain pelbagai kelas


b) kata kerja pasif (ditimpa/dilanda perkara yang terkandung dalam kata dasar)


3. Makna perkataan berapitan ke...an (jika kata dasarnya ialah kata nama)


a) tempat bertugas atau daerah - kedutaan (tempat duta bertugas) , kementerian


b) hal tentang sesuatu yang tersebut pada kata dasar - keagamaan (hal tentang agama)


c) bersifat seperti yang terdapat pada kata dasar yang digandakan- kecina-cinaan (bersifat

Cina), kewanita-wanitaan (bersifat wanita)


4. Makna perkataan berapitan ke...an (jika kata dasarnya ialah kata adjektif)


a) keadaan atau sifat yang tersebut pada kata dasar - keindahan (keadaan indah), kelemahan

(keadaan lemah)


b) sesuatu atau seseorang yang diperlakukan dengan kata kerja pasif berawalan di- yang

terbit daripada kata yang tersebut pada kata dasar- kesayangan (seseorang yang

disayangi), kewajipan (sesuatu yang diwajibkan), keperluan (sesuatu yang diperlukan)


5. Jika kata dasarnya ialah kata kerja asal, maka apitan ke...an menyatakan

makna perihal yang tersebut pada kata dasar.


contoh - kedatangan (perihal datang), kejatuhan (perihal jatuh)



PENTING


Kata berapitan ke ... an biasanya menjadi subjek atau objek dalam ayat.


contoh,


1. Keindahan pantai itu menarik hati setiap pengunjung. (SUBJEK)


2. Orang bijak lebih menghargai kejujuran berbanding kecantikan. (OBJEK)



Kekecualian adalah bagi ayat pasif.


contoh,


1. Mereka kebasahan kerana hujan turun dengan tiba-tiba semasa mereka dalam

perjalanan balik ke rumah.


2. Budak-budak itu ketakutan mendengar bunyi yang menyeramkan itu. 



Latihan Imbuhan Apitan ke-...-an


Latihan Imbuhan Apitan Ke-…. -An :
Latihan 1:
Bubuhlah apitan ke…an pada kata-kata yang sesuai dalam petikan di bawah ini :
Adakah anda anak sayang keluarga ? Anda patut bersyukur jika anda disayangi oleh mereka. Walau bagaimanapun, anda janganlah ibu bapa anda jika hendak mendapat segala yang menjadi suka anda itu. Anda perlu menggembirakan mereka juga. Anda perlu belajar dengan tekun. Rajin dan gigih anda akan menentukan jaya anda pada masa depan. Jaya itulah yang akan menjadi bangga keluarga. Anda hendaklah berbuat baik kepada sesiapa juga. Elakkan bersifat angkuh, Baik anda akan menyebabkan orang suka berkawan dengan anda. Angkuh pula akan menyebabkan orang akan benci anda.

Latihan 2 :
Isilah tempat-tempat kosong di bawah dengan kata yang sesuai :
kebaikan
kebanggaan
kebangsaan
keberanian
kegemaran
kehakiman
kejujuran
kementerian
kesayangan
kesultanan

1.
Tempat menteri bertugas disebut ______________________.


2.
Dia meminati bidang _______________________.


3.
Lagu ____________________kita ialah “Negaraku .”


4.
Ismail murid yang jujur , ___________________nya patut dijadikan contoh.


5.
__________________nya pada waktu lapang ialah membaca.


6.
Pihak polis memuji ____________________ pelajar itu.


7.
Kucing ____________________ saya dilanggar kereta semalam.


8.
Bangunan KOMTAR menjadi __________________ penduduk Pulau Mutiara.


9.
Salah seorang sultan pada zaman __________________ Melaka ialah Sultan Muzaffar Syah.


10.
______________________ orang-orang kampung itu tidak dapat kami lupakan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan