Rabu, 23 Julai 2014

Pengenalan

Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)  merupakan salah satu kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa seseorang pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Justeru, tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan TMK dititikberatkan . Penggunaan TMK dalam pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan komputer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehingga mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman sesawang agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan