Rabu, 23 Julai 2014
Pengenalan
Pengajaran Bahasa Melayu
dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) merupakan salah satu kaedah pengajaran yang dianggap
bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran
bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran
bahasa seseorang pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta
kekangan yang dihadapi. Justeru, tahap dan kekangan dalam
melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan TMK dititikberatkan . Penggunaan TMK dalam pembelajaran merupakan satu aspek yang
tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan komputer dapat memberikan
kesan positif kepada pembelajaran murid sehingga mereka mampu menggunakan
aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian
menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus
yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan
pembinaan laman sesawang agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran Bahasa Melayu
menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar
yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan
pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan
komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.
Langgan:
Catatan (Atom)